Bagaimana Nak Beli Rumah Lelong (Part 1)
Belian Hartanah Lelong
Bagaimana Cara-cara Membeli Rumah Lelong (Part 1)
Kisahnya bermula semasa saya mengandungkan anak yang
sulung. Kira-kira 7 bulan usia kandungan, kira-kira 7 tahun yg lepas, tahun
2005. Saya godek-godeklah iklan dalam satu laman web www.lelongtips.com
(kredit to laman web ni) bukan nak promote ye dan saya pun bukannye agen
syarikat ni..sekadar berkongsi,kot-kot la nak window-window shopping.
Masa tu saya dan suami baru aje
memulakan kerja. Kerja kerajaan, kata orang cukup bulan habis bulan ( Betul ke
istilah ni ye).Hidup pulak di kota besar penuh metropolitan ni. Mencabar mindala jugak. Nasib baik masa tu duk
menyewa rumah kakak ipar.Unit Ground Floor di Shah Alam, rate sewa biasa semasa
itu kalau unit Ground Floor ni RM400 tapi kakak ipar bagi RM250.00.Jimatla RM150.00.Boleh
buat isi minyak. Jimat-jimat $$.Duduk Shah Alam dan kerja Kuala Lumpur.Tak ada
la jauh sangat.
Bila tengok iklan medium cost
apartment (kita panggil flat) lelong tu, No 10X Ground Floor, Block 5X, Seksyen 24, Shah Alam.
Keluasan 700 sqft. 3 bilik, 1 bilik air. Tarikh lelongan 27 December 2005 kami
pun terus pergi survey rumah tu ye lah berdekatan dengan rumah yang kami
duduki. Tapi tak masuk dalamla, kita kena hormati orang yang duk kat dalam tu,
mana la tau tuan dia ke kan, kalau penyewa tak pe la..nanti tuan dia tak ke
kecik hati dia pulak kan..kan?? memadailah tengok-tengok kawasan, senang ke nak
buang sampah, kejiranan macamana, kemudahan asas, sekolah, kedai, pasaraya.
Pendek kata semua complete la. Reserve Price RM58,320.00.Masa tu kami bab
rumah.Blur and zero lah. Pergi cek kelayakan loan kat bank. Pihak bank kata
lepas sangat kalau harga rumah banyak tu. Alhamdulillah. Lepas satu bab.
Kami pun tanya agen lelongtips tu
macamana cara. Dia pun guidela. Kena sediakan deposit 10%. Masa tu lelongan
Bank RHB. Buat bank draft ke RHB Bank Berhad sebanyak RM5,832.00. Kami kira la
duit simpanan lepasla duit deposit.Yeshhh..Hehe..ye la orang baru nak mulakan
hidup.Baru kahwin,kemudian terus Allah kurniaan kami rezeki kat dalam perut..Mana
ada duit sangat kan..kan? kami punya cara, walau macamana pun hidup kami taknak
menyusahkan mak ayah kami. Susah senang kami cuba hadapi. Kami berkenalan time
belajar, time belajar pun mana ada duit. Yang penting jimat. Sikit-sikit
lama-lama banyakla.
Ok,lepas bab 10% deposit. Agen kata
cuba buat carian dekat pejabat tanah,kot-kot tanah tu ade caveat (Sekatan).
Kami tak pegi pun, malas nak peningkan kepala. Kami hanya berserah kepada
Allah.Kerana kami yakin akan pertolongan Allah. Kami berdua sembahyang hajat.
Huuuu..nak invest puluhan ribu ni takut jugak. First asset yang kami cuba
miliki…
Sambungan di Bagaimana Cara-Cara Membeli Rumah Lelong (Part 2) Tunggu..
Sambungan di Bagaimana Cara-Cara Membeli Rumah Lelong (Part 2) Tunggu..