Bagaimana Cara-Cara Membeli Rumah Lelong (Part 2)
Belian Hartanah Lelong Bagaimana Cara-Cara Membeli Rumah Lelong (Part 2) Seperti yang telah saya tuliskan tentang Bagaimana Cara-cara Membeli Rumah Lelong (Part 1) saya sambung kembali cara-cara membeli rumah lelong. Setelah saya survey rumah tersebut dan berpuas hati, deposit 10% dan sediakan bank draft. Maka, tibalah hari yang ditunggu, pada 27 Desember 2005, Tempat Lelongan Masa tu ialah di MENARA HB/ WISMA HB, MEGAN AVENUE II, Jalan Yap Kwan Seng . Wow, ramainya orang. Berdebar ada, surprise ada, semuanya bercampur-campur. Maklumlah 1 st time dalam hidup. Dimulakan dengan Lot No.1, pembida-pembida standby. Suasana bertukar menjadi makin meriah.Masing-masing memulakan dengan seronok.Ceria.Tibalah lot yang saya nak bida.Hah?? 5 orang pembida.wow..teruja sangat. Tawakkal la..saya target pun paling tinggi pun RM70,000.00 kalau lebih dari tu saya berhenti. Tapi… sesuatu yang tak disangka telah berlaku, rupanya semua pembida lain ada semasa itu adalah Cina d