Unstopable Journey Of Saham. Letting Spirit Lead.

"EMPOWER YOURSELF WITH PURPOSE, PASSION AND POTENTIAL"
==========================================================




Belajar saham ni bermula bila suami bagitau nanti umur 40 tahun,pencenlah dan buat apa yang saya suka nak buat. Wow, amazing..tu bulan jatuh ke riba..Sebab.. background belajar dulu..Banking dan kemudian  B.B.A dan bekerja dalam bidang pertanian/perladangan.So, what do you think?

Sebab apa  umur 40 tahun??
========================

Sebab umur pencen seorang perempuan dari sektor kerajaan adalah pada umur 40 tahun dan sekurang-kurangnya 10 tahun berkhidmat. Alang-alang buat sesuatu kerja tu buatlah sampai habis dan Buat SAMPAI JADI.. 

Lagipun itu rezeki kita dan bila pencen dapatla Kad Pencen (macam-macam benefit), GCR dan pencen akan dapat masa umur 55 tahun..Bagus betul Kerajaan Malaysia ni tau..Macam-macam keistimewaan kepada penjawat awam/pesara kerajaan. Bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah titipkan buat kita. Buatlah dengan sehabis baik. Niat kerana Allah Niat Nak Bantu Orang.

Nak pencen ke, nak berhenti ke kena ada exit plan. Exit plan yang bagimana? sekurang-kurangnya ada apa yang kita nak buat masa kita pencen/berhenti. Ye..time bekerja masa bekerja bermula jam 8.00 am-5.00 pm..so kalau pencen bleh ke awak duk sesaje kan. Mestila ade menda yang kena buat mengikut minat memasing..

Sebelum ambik keputusan untuk pencen tu belajarla apa kita nak belajar.Carilah..galilah timbalah sebanyak mana ilmu..

Yang best selepas pencen ialah kita tidak lagi terikat dengan waktu kerja(rezeki masa😊)  Kita ada masa yang kita sendiri tentukan. Kita nak buat apa, buatlah..boss dah tak akan call dah..boss dah tak akan marah dah kalau dah tak nak datang keje.betul dok?

Ok, kembali kepada saham.Sebenarnya saya sangat skeptikal kepada saham. Sebab?ilmu teknikalnye tu macam menakutkanla. Carta yang naik turun. Warna lak warna  yang menakutkan jugak iaitu merah-hijau ( warna traffic light ) damai tak? hanya trader saham je yang tau makna-makna indah warna ni..

Untuk sesiapa yang berminat melabur saham. Laburlah dengan ilmu dulu. Saya dulu tertarik dengan saham bila pergi ke seminar DDNK ( googlela siapa DDNK ni ye). Dari situ motivasi timbul. Minat dibentuk dan ianya pun bermula.

Setiap bisnes..mana-mana bisnes pun rugi itu pasti..untung belum tentu. So, nak melabur saham..kena ada holding power ye. Maksudnya gunakan lebihan dari simpanan. Bukan guna duit belanja dan kena ada money management. Dan Yang Paling Penting Carilah ILMU..








Catatan popular daripada blog ini

Insya Allah Doa Yang Tidak Tertolak Oleh Allah

Rawatan Mendapatkan Zuriat