Tukang Urut Bersalin, Mengurut Bersalin Kuala Terengganu

Updated 2020

Baru ni masa balik Terengganu saya mengurut dengan seorang sis ni, dia ni asalnye seorang Nurse Terlatih.Maknanye pemegang diploma in nursingla.Kemudian dia berhenti kerja sebab dia ni tak suka terikat dengan masa kerja shift. Maklumkan nurse gomen kerja shift dengan anak-anak kecik lagi. Lagi pun rezeki dari Allah anak-anaknya ramai :) . Sekarang dia sedang berusaha menghabiskan diploma in mengurut-mengurut pulak sebab sekarang tukang urut semua dah kena ada tauliah katanya.Saya pun tak faham sangatla pasal ni, cuma kat sini saya nak promote dia skit..chewahhh..macamla dapat komisyen.. Dia mengurut best.Saya aritu mengurut seluruh badan..huhuhu..lame pulak tu..adela dalam 1 jam stgh ke 2 jam terrr...Dahla kita ni jenis tak tahan urut.Tapi sebab sakit tangan tahankan aje..Alhamdulillah.Bangun esoknya..perghhh hilang pijat-pijat..penat-penat, sakit-sakit..

Alhamdulillah dengan izin Allah dia ni pun ada juga orang-orang yang berusaha mendapatkan baby.  Bagi yang lama menantikan cahayamata. Katanya itu bukan kuasanya. Itu kuasa Allah. Kun Fa Ya Kun semuanya. Tapi apa-apa pun kita berusaha kan..Semua kuasa Allah, ketentuan Allah. Bagi yang ingin mendapatkan khidmat urutan selepas bersalin di sekitar Terengganu, nanti mesej saya.Saya tak boleh paparkan nombornya diblog saya sebab biasanya sekarang pun dia tak sempat nak handle semua. Biasanya dalam sehari dia hanya terima satu kes bersalin sahaja sebab dia nak tumpukan sepenuhnya pada pesakit tu.

Sekian, terima kasih.




Whatssap je terus kak Eiza yea

















Catatan popular daripada blog ini

Insya Allah Doa Yang Tidak Tertolak Oleh Allah

Rawatan Mendapatkan Zuriat