Jom Kita Kongsi Satu Kisah Benar

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun

yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua

orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah

syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang

jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya.

Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga

di hujung minggu.



Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya

sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang

dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong

sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.



Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar

selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital

selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang

yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri

dan doktor yang merawatnya.



Sewaktu beliau koma

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia

beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45

petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya

ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau

agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa

orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat

itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu.

Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak

hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang

sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.



Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya

iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan

surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik,

sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah

melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau

bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima.

Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.



Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan

masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang

terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan

melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10

minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan

panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu,

adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang

berkenaan, Jawan Malaikat "Ya:.



Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah

mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya

mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya,

siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah

jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi

dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim

berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan

kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan

kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk

anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya

ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung

kesedihan.



Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya

sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam

komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.



Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya

untuk tatapan anda se kelian.



Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana

mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya

amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.



2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat

sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya

kalaupun saya mati



3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan

sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas.

termasuk dengan saya.



4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini

menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya

tiada keikhlasan



5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke

rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.



6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal

yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka

juga tiada keikhlasan.



7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik

meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari

mereka.



8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak

menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran

kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang

tahu.



9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau

adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar



10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat

demikian.



Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi

pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari

cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan

takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.



Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa

bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah

ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu.

Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan

mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri.

Dipetik dari : Group Belalang

Comments