Amalan dan Doa Mudah Bersalin
Assalamualaikum..
Doa-doa yang saya kongsikan untuk memudahkan bersalin ini adalah dari pengalaman saya sendiri melahirkan 3 orang anak. Tanpa rasa sakit yang lama.Insya Allah. moga diberi kemudahan dari Allah..apa yang paling penting..suami sebagai penguat semangat dan sentiasa memberi dorongan dan kekuatan..Sentiasa mintak maaf pada suami..berbuat baik pada suami,ibu bapa, anak yatim, orang susah dan orang di sekeliling.
Wahai Para Suami Budiman ..kenalah sentiasa memaafkan isteri tau..kerana semasa pregnant ni..emosi para isteri tidak berapa stabil..lebih-lebih lagi bila nak sampai due date tu.. perasaan takut ada..gementar pun ada.macam-macam perasaan la yang timbul...paling PENTING SOKONGAN suami mampu menghilangkan segala kegusaran..terima kasih pada para suami yang memahami para isteri. Terutama For My lovely Hubby!Thanks a lot.
Bersalin?Pengalaman yang amat manis untuk dikongsikan. Amalkanlah doa-doa ini dari bermulanya anda tahu yang anda pregnant sehinggalah macam ada tanda-tanda nak bersalin. Ada yang tandanya pecah air ketuban, ada yang tandanya keluar darah ada yang tandanya sengal-sengal belakang/sakit belakang.
Untuk memudahkan bersalin, baca surat seperti berikut:
Di antara surah-surah yang digalakkan dibaca ialah:
a) Surah Yaasiin, kerana ia mempunyai banyak fadhilat.
b) Surah Yusuf, agar mendapat anak yang soleh, sempurna dan mempunyai rupa paras yang elok.
c) Surah Luqman, agar mendapat anak yang taat kepada kedua ibubapa.
d) Surah Maryam.
e) Surah at-Taubah.
f) Surah al-Ikhlas.
AMALAN SEMASA HAMPIR BERSALIN:
Untuk memudahkan ibu-ibu yang hendak bersalin, hendaklah banyak membaca surah-surah seperti berikut:
1. Surah al-Fatihah.
2. Surah al-Nahl ayat 78.
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur.
1. Surah al-Hasyr, Ayat 21.
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
dan surah abasa ayat 20
ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُ ۥ (٢٠)
1. Selawat Syifa:
. Do'a:
Ertinya: "Ya Allah! Dengan hak Maryam, juga dengan hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama pesakit dan ibunya penderitaan bersalin, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya."
3. Wirid:
Ertinya: "Tuhanku, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan, kerana sesungguhnya memudahkan sesuatu itu mudah bagiMu. Tuhanku sempurnakanlah dengan kebaikan."
4. Dan sunat memperbanyakkan membaca do'a Nabi Yunus (Surah al-Anbiya ayat 87):
لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَـٰنَكَ إِنِّى ڪُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٨٧
Tafsirnya: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah!) Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri."
5. Disunatkan juga memperbanyakkan do'a menghilangkan kebimbangan dan ketakutan:
Bagi ibu-ibu yang sukar bersalin:
Dibaca pada air kemudian diminum dan disapukan pada mukanya insya Allah mudah bersalin dengan izin Allah.
Ayat yang dimaksudkan ialah:
Dan disambung dengan surah al-Hasyr ayat 21-24 dan ditambah dengan:
Dan satu cara lagi sebagaimana kata Ibni Abbas Radhiallahu' Anhuma, jika seorang perempuan susah hendak bersalin maka hendaklah dituliskan pada satu kertas dan direndamkan kemudian diberi minum dan disapu pada mukanya insya Allah mudah bersalin, iaitu:
Ditambah dengan:
Sementara bagi orang yang berada disamping perempuan yang hampir melahirkan itu disunatkan membaca ayat-ayat berikut untuk membantu memudahkannya bersalin. Di antara ayat-ayat tersebut ialah:
i. Ayat al-Kursiy dalam surah al-Baqarah ayat 255.
ii. Surah al-A'raf ayat 54-55.
إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ۬ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ يُغۡشِى ٱلَّيۡلَ ٱلنَّہَارَ يَطۡلُبُهُ ۥ حَثِيثً۬ا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ وَٱلنُّجُومَ مُسَخَّرَٲتِۭ بِأَمۡرِهِۦۤۗ أَلَا لَهُ ٱلۡخَلۡقُ وَٱلۡأَمۡرُۗ تَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٥٤) ٱدۡعُواْ رَبَّكُمۡ تَضَرُّعً۬ا وَخُفۡيَةًۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ (٥٥)
iii. Surah al-Falaq dan an-Nas:
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Fatimah Radhiallahu Anha:
Maksudnya: "Apabila dia (Fatimah) telah hampir melahirkan, Rasullullah telah menyuruh Ummu Salamah dan Zainab bte Jahash agar datang melihat Fatimah, maka Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam membaca ayat al-Kursiy dan surah al-A'raf di sisi Fatimah dan memohon perlindungan daripada Allah dengan membaca surah al-Mu'awidzatain." .
Begitu juga bagi ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
“Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana/kertas surah Al-Ahqaf (ayat 35)
فَٱصۡبِرۡ كَمَا صَبَرَ أُوْلُواْ ٱلۡعَزۡمِ مِنَ ٱلرُّسُلِ وَلَا تَسۡتَعۡجِل لَّهُمۡۚ كَأَنَّہُمۡ يَوۡمَ يَرَوۡنَ مَا يُوعَدُونَ لَمۡ يَلۡبَثُوٓاْ إِلَّا سَاعَةً۬ مِّن نَّہَارِۭۚ بَلَـٰغٌ۬ۚ فَهَلۡ يُهۡلَكُ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (٣٥)
dan surah Al-Nazi‘at (ayat 46),
كَأَنَّہُمۡ يَوۡمَ يَرَوۡنَہَا لَمۡ يَلۡبَثُوٓاْ إِلَّا عَشِيَّةً أَوۡ ضُحَٮٰهَا (٤٦
Kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya”.
(Hadis riwayat Ibnu S)
Insya Allah..Semoga dipermudahkan..ingatlah..Hanya Allah yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih/Maha Penyayang..