Posts

Showing posts from August, 2010

Jom Kita Kongsi Satu Kisah Benar

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu. Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah. Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari

Amalan dan Doa Mudah Bersalin

Assalamualaikum.. Doa-doa yang saya kongsikan untuk memudahkan bersalin ini adalah dari pengalaman saya sendiri melahirkan 3 orang anak. Tanpa rasa sakit yang lama.Insya Allah. moga diberi kemudahan dari Allah..apa yang paling penting..suami sebagai penguat semangat dan sentiasa memberi dorongan dan kekuatan..Sentiasa mintak maaf pada suami..berbuat baik pada suami,ibu bapa, anak yatim, orang susah dan orang di sekeliling. Wahai Para Suami Budiman ..kenalah sentiasa memaafkan isteri tau..kerana semasa pregnant ni..emosi para isteri tidak berapa stabil..lebih-lebih lagi bila nak sampai due date tu.. perasaan takut ada..gementar pun ada.macam-macam perasaan la yang timbul...paling PENTING SOKONGAN suami mampu menghilangkan segala kegusaran..terima kasih pada para suami yang memahami para isteri. Terutama For My lovely Hubby !Thanks a lot. Bersalin?Pengalaman yang amat manis untuk dikongsikan. Amalkanlah doa-doa ini dari bermulanya anda tahu yang anda pregnant sehinggalah  ma

Pengakuan seorang suami Mithali

Cerita yang ingin dikongsi bersama: Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau menggilai seperti puntianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan Jika isteri saya tidak berada di rumah, rumah boleh jadi porak peranda. Memang betul, jika isteri ada dirumah kepala selalu pening dan berserabut apalagi jika time tu saya kebetulan bercuti. Kalaulah waktu itu, si dia tak ada kat rumah alangkah tenteramnya. Boleh buat apa yang saya suka. Boleh berlingkar depan tv tanpa sebarang gangguan mental dan fizikal. Pendek kata, bebaslah. Tapi hairan, apabila isteri betul-betul tak kat rumah, saya pula terasa separuh mati. Sehari dua memang syok , tak dengar suara jeritan dari dapur minta tolong, tak ada orang nak kritik, semuanya berjalan dengan tenang. Tapi masuk hari ketiga, saya terasa sesuatu yang hilang. Lebih-lebih lagi bila tuala dah berbau masam… tak tahu nak cari yang bersih, ubat gigi habis, tak t