Posts

Showing posts from 2010

Petua Anak Ikut Cakap Ibu Bapa

1.Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.



2.Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah... hingga habis.



4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".

5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

Lihat sayang tidur

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur?

Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.

Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.

Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.

Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah...

Lihatlah ibu anda...

Hmm...kulitnya mulai kereput dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana me…

INFO TENTANG PENYUSUAN EKSKLUSIF

Jom Kita Kongsi Satu Kisah Benar

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun

yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua

orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah

syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang

jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya.

Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga

di hujung minggu.



Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya

sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang

dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong

sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.



Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar

selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital

selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang

yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri

dan doktor ya…

Amalan dan Doa Mudah Bersalin

Assalamualaikum..


Doa-doa yang saya kongsikan untuk memudahkan bersalin ini adalah dari pengalaman saya sendiri melahirkan 3 orang anak. Tanpa rasa sakit yang lama.Insya Allah. moga diberi kemudahan dari Allah..apa yang paling penting..suami sebagai penguat semangat dan sentiasa memberi dorongan dan kekuatan..Sentiasa mintak maaf pada suami..berbuat baik pada suami,ibu bapa, anak yatim, orang susah dan orang di sekeliling.
Wahai Para Suami Budiman ..kenalah sentiasa memaafkan isteri tau..kerana semasa pregnant ni..emosi para isteri tidak berapa stabil..lebih-lebih lagi bila nak sampai due date tu.. perasaan takut ada..gementar pun ada.macam-macam perasaan la yang timbul...paling PENTING SOKONGAN suami mampu menghilangkan segala kegusaran..terima kasih pada para suami yang memahami para isteri. Terutama For My lovely Hubby!Thanks a lot.
Bersalin?Pengalaman yang amat manis untuk dikongsikan. Amalkanlah doa-doa ini dari bermulanya anda tahu yang anda pregnant sehinggalah  macam ada tand…

Pengakuan seorang suami Mithali

Cerita yang ingin dikongsi bersama:

Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau menggilai seperti puntianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan

Jika isteri saya tidak berada di rumah, rumah boleh jadi porak peranda. Memang betul, jika isteri ada dirumah kepala selalu pening dan berserabut apalagi jika time tu saya kebetulan bercuti. Kalaulah waktu itu, si dia tak ada kat rumah alangkah tenteramnya. Boleh buat apa yang saya suka. Boleh berlingkar depan tv tanpa sebarang gangguan mental dan fizikal. Pendek kata, bebaslah.

Tapi hairan, apabila isteri betul-betul tak kat rumah, saya pula terasa separuh mati. Sehari dua memang syok , tak dengar suara jeritan dari dapur minta tolong, tak ada orang nak kritik, semuanya berjalan dengan tenang. Tapi masuk hari ketiga, saya terasa sesuatu yang hilang. Lebih-lebih lagi bila tuala dah berbau masam… tak tahu nak cari yang bersih, ubat gigi habis, tak tahu d…

DIABETES SEMASA HAMIL

Apakah Diabetes Melitus?


Diabetes Mellitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawalatur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak di belakang perut. Tanpa insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus.

Apakah yang dimaksudkan Diabetes Mellitus semasa kehamilan?


Diabetes Mellitus (GDM) semasa kehamilan merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita.

Apakah bezanya antara diabetes se…

TEKANAN SEMASA MENGANDUNG MEMPENGARUHI BAYI

Persoalan pada minggu ini, adakah tekanan (stress) yang dialami oleh ibu semasa mengandung mempunyai kaitan dengan perkembangan emosi kanak-kanak?

Tekanan (stress) mempunyai banyak dimensi pengertian. Salah satu daripadanya mendEfinasikan tekanan (stress) sebagai sebarang bentuk kesedaran psikofisiologikal yang boleh meletihkan sistem tubuh badan sehingga membawa kepada tidak berfungsi dan berpenyakit.

Ia mungkin berbentuk fizikal seperti penyakit mental seperti risau, gelisah dan spiritual seperti perasaan berdosa dan bersalah. Umum mengetahui bahawa tekanan (stress) menjadi begitu negatif sekiranya ia melepasi paras keupayaan seseorang menanganinya. Ia menjadi positif sekiranya kita dapat menyesuaikan diri dan meningkatkan kekuatan mekanisme adaptasi.

Banyak perhatian para doktor ditumpukan kepada kelainan-kelainan mental yang berlaku selepas bersalin daripada melihat kepada masalah-masalah semasa mengandung yang mungkin memberi kesan semasa bayi.

Ini kerana pengetahuan kita tentang se…

Tips Mendidik Anak Cemerlang

TIPS Mendidik Anak Cemerlang

Berikut adalah tips oleh Robert D. Ramsey yang boleh
kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita
antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya.
Bagi yang belum ada anak, atau dalam proses untuk
mengadakan anak, masih jugak boleh baca ... ;) Selamat
mencuba !

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan
yang baik – bila anak kita dipanggil dengan nama yang
tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran
yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan
rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita
beri nama yang elok untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari – ada kajian
yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan
mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang
jarang dipeluk. Bila kita peluk anak kita setiap hari,
dia akan tahu serta dapat merasa yang kita sayangkan
dia. Dia tahu kita akan jadi penyokong dia yang paling
kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia
kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. …

Doa Mudah Bersalin dan Kesejahteraan Anak Dalam Kandungan

DOA MUDAH BERSALIN DAN KESEJAHTERAAN ANAK DALAM KANDUNGAN

“ Ya Allah

peliharakanlah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta alam.

Rawatan Mendapatkan Zuriat

Untuk rawatan suami isteri, elok datang hujung minggu kerana kami ada pakar bhg lelaki yg datang dari Penang setiap hujung minggu bagi tujuan merawat kaum Adam.

Rawatan mungkin mengambil masa dari satu jam setengah sehinnga ke 3 jam, bergantung kepada masalah pasangan tersebut.
Rawatan kami menggunakan minyak Shuhaida 1001 rahsia Alam yg di formulasi sendiri oleh pengasas pusat Rawatan.

Beliau merupakan pengamal sistem kedoktoran yg beralih arah ke alternative medicine sebab kesukaran beliau sendiri dalam beberapa masalah kesihatan. Untuk tujuan itu, dia kembali mengamati dan mempelajari ilmu ubatan herba & perubatan alternative.

Hasil terhadap diri Kak ida (pengasas pusat rawatan kami) amat memberangsangkan. Oleh itu pusat rawatan ditubuhkan bagi memudahkan lebih ramai orang yg dapat kami bantu.

Rawatan untuk wanita:-
Cucian faraj, Rawatan pemulihan badan, Diagnosis ransangan saraf, Check sistem peranakan wanita, urut bhg urat penting, belakang & kaki>

Rawatan Untuk Lelaki:- Di l…

Panduan Pemakanan Ibu Mengandung

Image
Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

* Berat bayi : 2.5 – 3 kg

* Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg

* Penambahan darah : 1.5 – 2 kg

* Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg

* …

Alahan semasa mengandung

Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.

Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.

Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.

Kebanyakan wanita yang mengalami alaha…

PREGNANCY DUE DATE CALCULATOR

Jom calculate our due date http://www.pregnancytoday.com

Tips Posisi Tidur Terbaik Semasa Hamil

Image
Sebenarnya posisi tidur yang bagaimanakah yang terbaik selama kehamilan? Pada kehamilan trimester awal dimana perut belum membesar, ibu hamil dapat tidur dan beristirahat dengan berbagai posisi apapun. Yang penting adalah dapat memberikan rasa nyaman untuk ibu hamil untuk dapat tidur.

Tapi ketika kehamilan selanjutnya ketika perut semakin membesar maka saat tidur andapun mulai tak nyaman lagi, karena perut yang membesar, gerakan bayi dan kram kaki. Tapi percayalah ini semua mempunyai nilai yang besar dengan hadirnya si kecil nantinya.



Jadi sebenarnya posisi tidur yang bagaimanakah yang terbaik selama kehamilan?

Belum ada penelitian lebih lanjut tentang posisi tidur yang aman untuk wanita hamil, tapi para pakar menganjurkan bahwa setelah kehamilan 16 minggu, sebaiknya ibu hamil tidur dengan POSISI MIRING KE SISI KIRI, karena posisi ini memberi keuntungan untuk bayi anda untuk mendapatkan aliran darah dan nutrisi yang maksimal ke plasenta karena adanya vena besar (vena cava inferior…

Perubahan Tubuh Ibu Mengandung

Perkembangan & Perubahan Pada Tubuh Ibu Hamil Selama 0-12 Minggu(Trimester I)

Perkembangan & Perubahan Tubuh Ibu Hamil di Trimester I kehamilannya. Pada bulan-bulan pertama kehamilan anda, mungkin tidak akan banyak orang yang mengerti bila anda sedang hamil,---tapi sesungguhnya tubuh anda secara aktif bekerja untuk menyesuaikan bagi proses kehamilan ini.

Pada bulan-bulan pertama kehamilan anda, mungkin tidak akan banyak orang yang mengerti bila anda sedang hamil, karena belum terlihat perubahan yang nyata pada tubuh anda. Tapi sesungguhnya tubuh anda secara aktif bekerja untuk menyesuaikan secara fisik dan emosional bagi proses kehamilan ini.

Beberapa perubahan pada tubuh ibu hamil di trimester pertama ( 0 – 12 minggu) kehamilan :

PEMBESARAN PAYUDARA
Payudara akan membesar dan kencang, ini karena pada awal pembuahan terjadi peningkatan hormone kehamilan yang menimbulkan pelebaran pembuluh darah dan memberi nutrisi pada jaringan payudara. Anda mungkin akan merasa BH atau bra anda te…

Bilakah MAsa Terbaik Anda Ingin Mengandung/Hamil

Image
Apabila anda telah membuat keputusan untuk hamil, anda perlu tahu bilakah waktu subur anda. Informasi waktu subur anda yang tepat akan membantu anda memilih waktu yang tepat dan sesuai untuk melakukan hubungan seksual yang sekaligus akan meninggikan kemungkinan untuk anda hamil.

Untuk mengetahui bilakah waktu subur, anda perlu memahami tentang kitaran haid anda. Untung pusingan haid 28 hari, ovulasi - aktiviti pengeluaran telur - berlaku sekitar hari ke 14. Jika telur tidak disenyawakan sehingga hari ke 24, maka folikel (A follicle is the fluid-filled cyst that contains an egg) akan mengecut dan pendarahan akan berlaku pada hari yang ke 28.
Anda berpotensi tinggi untuk positif hamil pada sekitar hari ke 14. Sekitar hari 21, telur yang telah disenyawakan akan diimplantasikan ke dinding rahim. Wujud perubahan pada tahap hormon anda yang akan membantu menyokong kandungan berkenaan.

Dalam sesetengah kes, mungkin boleh berlaku pendarahan kecil pada hari pertama haid anda lewat. Ini disebabka…

Indahnya Menjadi Wanita

Image
Wanita adalah hiasan dunia yang di cipta daripada tulang rusuk kiri lelaki. Menjadi wanita bukan suatu perkara yang tidak baik, malah kamu harus berbangga sebab di jadikan sebagai wanita. Tapi sekarang ni ada juga golongan wanita masih belum puas hati terhadap apa yang di tetapkan Allah. Contoh yang terbaik ialah SIS. Mereka nak setaraf dengan lelaki (konon la) sehingga ada yang menjadi muazzin (sambil tak bertudung) masa solat jumaat dan malah menjadi imam kepada makmum lelaki (makmum gete' kata orang sabah) ketika solat jumaat. Astaghfirullah.. Mereka (SIS) tak dapat terima lelaki di angkat untuk menjadi pemimpin dan imam. Dan macam2 lagi mereka tak puas hati. Tapi tak sedar ka diorang kelebihan yang Allah beri kepada para wanita lebih baik dari lelaki? Baca dan hayati betul2 19 kelebihan wanita di bawah ni. Buka mata dan buka hati wahai si wanita yang bersyukur (SIS dan yang sama waktu dengannya).

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki sebab sifat penyayang yang lebih kua…

Tips Waktu Subur dan Kitaran Haid Wanita

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita.
Saya kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul.
Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika …